Thursday, 3 December 2015

RINGKASAN BAB 9 : KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

MASALAH DAN ISU
Masalah dan isu perlu diberi perhatian dan jalan penyelesaian hendaklah dicari secepat mungkin. Terdapat empat ciri penting yang terdapat dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan.

1.    Motivasi yang Kuat
·      bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran
·      cuba mengatasi kesukaran dan cuba untuk mengatasi segala halangan
·      menunjukkan kebolehan untuk selesaikan masalah
·      melihat masalah yang ada sebagai sementara sahaja
·      kekuatan dalaman mendorong untuk mengatasi masalah tersebut

2.    Trait yang Positif
·      mempunyai emosi yang stabil untuk menyelesaikan masalah secara objektif
·      sentiasa bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai kejayaan
·      kebolehan seseorang untuk terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosan dalam selesaikan sesuatu masalah

3.    Jati Diri
·      mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi
·      dapat menguasai situasi yang mungkin timbul
·      berfikiran positif dan yakin bahawa boleh menyelesaikan masalah

4.    Membina Kemahiran
·      kemahiran menyelesaikan masalah boleh dipelajari melalui bengkel pengurusan masalah
·      antara model penyelesaian masalah yang dikemukakan ialah kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, bentuk plan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian


KATEGORI MASALAH
1.    Misteri
·      situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku
·      tidak dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya sesuatu peristiwa

2.    Tugasan (Assignment)
·      kerja yang dilakukan oleh seseorang dengan memperincikan criteria-kriteria serta objektif pencapaian
·      merupakan kontrak antara ketua dan orang yang akan menjalankan kerja tersebut

3.    Kesukaran (Difficulties)
·      berlaku kerana tidak pandai menguruskan sesuatu situasi
·      dibahagikan kepada dua iaitu objektif dan subjektif
·      subjektif ialah sifat-sifat negative atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri
·      objektif pula ialah perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahirandan motivasi

4.    Peluang (Opportunities)
·      usaha harus ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita
·      sentiasa mengambil kesempatan yang ada untuk mengeksploitnya supaya mendatangkan keuntungan

5.    Tidak Pasti (Puzzles)
·      tahu penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul
·      perlu mengkaji segala kekaburan  dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul

6.    Dilema
·      situasi yang amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik
·      perlu mempunyai maklumat yang cukup dan keputusan yang dibuat itu betul
·      terdapat dua opsyen yang boleh dilaksanakan dan kedua-duanya kelihatan betul dan tepat
·      tidak boleh diselesaikan dengan komputer tetapi ia memerlukan penyelesaian kemanusiaan melalui perasaan manusia

PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK

1.    Langkah Pertama : Mendefinisikan Masalah
·      merupakan langkah yang penting kerana penyelesaian yang diusahakan mungkin tidak membawa kesan seperti yang diinginkan
·      setiap orang mempunyai “mind-set” yang sendiri
·      apabila masalah telah dikenal pasti, “mind-set” seseorang dan konteks masalah tersebut akan mula wujud
·      langkah ini juga penting untuk memahami semua factor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah

2.    Langkah Kedua : Mengkelaskan Masalah
·      mengelaskan masalah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada
·      selesaikan masalah yang paling tinggi risikonya
·      bahagikan masalah mengikut kategori sepertimisteri, kesukaran, peluang, dilema, “assignment”, dan “puzzle”.

3.    Langkah Ketiga : Tentukan Objektif
·      penting kerana ia menentukan apa yang diingini daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan
·      objektif hendaklah jelas, mudah difahami dan praktikal
·      objektif yang kabur adalah sukar untuk dilaksanakan

4.    Langkah Keempat : Tentukan Ukuran Kejayaan
·      kejayaan menentukan standard atau piawaian yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah
·      kriteria kejayaan perlu ditentukan dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan

5.    Langkah Kelima : Kutipan Data
·      semua faktor yang menjadi punca kepada masalah yang sedang diselesaikan perlulah dikumpul
·   proses ini digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi, sains sosial dan lain-lain
·      maklumat boleh didapati dari berbagai sumber seperti pengalaman
·      kita juga perlu kenalpasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatinya.
·      mengenalpasti prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir
·      tahu punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat
·      menstrukturkan maklumat supaya senang difahami
·      membina opsyen utk membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat dan data yang dikumpul

6.    Langkah Keenam : Membuat Keputusan
·      opsyen yang paling tepat untuk dilaksanakan
·   boleh mendapatkan consensus daripada semua staf di dalam memilih opsyen untuk dilaksanakan
·      anara perkara yang perlu diambil kira ialah kos untuk melaksanakan opsyen yang dipilih

7.    Langkah Ketujuh : Melaksanakan Keputusan yang Diambil
·  harus ada keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian,objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan
·  keyakian bermaksud mempunyai pengetahuan tentang apa yang hendak dibuat dan tahu bagaimana hendak melakukannya
·      kesungguhan pula ialah kecekalan hati untuk mengatasi segala rintangan dan matlamatnya
·      sifat ini dapat dipupuk dan disemai melalui proses latihan

PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK

1.    Mengadakan Hipotesis
2.    Mengumpul Maklumat
3.    Membuat Kesimpulan

PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF / LATERAL

1.    Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti
·      tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik, di mana cara berfikirnya dikawal oleh penilaian betul atau salah, kuat atau lemah serta benar atau salah hujah fikiran kita
·      tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk temui kebenaran
·      cara berfikir ini disebut selari dimana kita kemukakan idea-idea kreatif secara bebas dan tanpa konflik antara sesamanya

PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERASAAN

1.    mengandungi lima domain utama yang perlu diambil kira seperti
·      kebolehan mengetahui emosi sendiri
·      kebolehan dalam pengurusan emosi
·      kebolehan meningkatkan motivasi
·      kebolehan mengenal emosi orang lain
·      kebolehan menjalin persaudaraan

PENYELESAIAN SECARA ISLAM

1.    Pendekatan Hukum
·      pendekatan yang bersifat rasional dan intelektual
·      perlu mematuhi ikutan dalam Al-Quran dan Hadis kecuali darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua, dan cacat mental
·      namun, apa pun ijtihad yang bersifat rasional, ia dapat berubah-ubah menurut perubahan masa dan tempat

2.    Pendekatan Sufi
·      pendekatan bersifat moral dan spiritual
·      bersifat lembut dan lunak
·      memerlukan kefahaman tentang tiga perkara iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian